Thursday, 8 December 2011

Cerita :)

14Nov2011 :) tarikh bermulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bg semua pelajar tingkatan 5 pada tahun 2011 ini . begitu juga bg aku . Alhamdulillah , segalanya berjalan dgn lancar . seperti biasa kalau sehari takda org yg menyakitkan hati tak sah ! apa yg hanya aku mampubuat cuma bersabar dan maafkan segalanya .

Sebenarnya sebelum exam lagi aku dah rasakan ada something yg takkena dgn kaki aku ni . tp aku cuba tahan sakit . yg pelik nya dicubit atau dipukul sekuat mana pun tak terasa -,- sampai kan aku suru kakak and adik aku cubit sekuat hati diaorang . aku buat keputusan utk check benda ni dkt Hospital Pantai . tp yg peliknya Doctor kata takda pape -,- kay makin pelik .

Pd 3hb Dis , kaki aku makin sakit . nak jejak pun sakit . blh nangis tahu ! so esoknya aku ikut mama pergi Meru utk ke majlis perkahwinan sedara ku . selepas tu kami singgah ke rumah nenek aku yg berdekatan di situ . tiba2 kaki aku makin sakit ! mama ajak pergi urut . rupa nya aku tgk kaki aku bengkak dkt area peha . tp satu kaki aku merasa kan sakit tu . aku pergi urut dkt Jeram . jalan pun dah tempang . masa org tu urut org tu cakap dgn mama sesuatu tapi dalam bahasa Jawa -,- walah walah ! mana lah aku faham !  yg penting org tu kata ni bkn sakit biasa . ada benda yg hinggap dkt kaki aku . first aku ingat benda ni nonsense semua nya. org tu picit2 aku pun jerit menandakan aku sakit .org tu bg beberapa biji limau untuk disapu di bahagian yg sakit . so ktorang singgah rumah nenek dulu utk solat Maghrib . 

Tiba2 kaki aku sakit sangat sampai aku tak blh kawal . mama sapukan limau tu and mama kata aku jerit2 -,- setahu aku aku cuma nangis sahaja . Atok suruh mama dgn nenek bawa aku ke rumah Wak Nasir . aku diubat dan mcm biasa aku menanagis tanpa aku menyedari kenapa aku nangis . 

Keesokannya aku bgn tidur , mandi and jalan pun tempang . lepas mandi bibik panggil kata nak sapukan ubt dkt kaki . tp bibik tgh jaga Adra iaitu anak buah aku . aku dgr bibik kata masa aku diubatkan semalam dia pegang aku dkt belakang and kedua tgn dia sakit dan kebas . kakak aku menyapukan ubt ke kaki ku dan sekali lg aku menjerit meraung kesakitan . padahal dia hanya menyapukan air yg diserta kan surah-surah dari Al-Quran . diaorang call mama suruh blik . masa tu aku dah mula tak sedarkan diri . tiba2 aku bgn tgk kawan mama ada ,dia cuba ubtkan aku . tgn aku kebas dan bergetar . aku tak tahu kenapa ? setiap kali dia menyebut ALLAHUAKBAR dan meletakan di tgn ku kebas dan getar yg aku rasa td hilang . tak sampai 5min jd lg . papa mula risau .aku tidur kerana aku rasa letih , tak tahu kenapa . mama kata dia ajak aku pergi jumpa Ustaz Harundin tp aku jerit tak nak . sedangkan aku rasa aku dah tidur lama ? aku sedar tgk Mak dan Abah yg jaga aku masa kecil dulu ada . aku tanya mama bila Mak sampai ? mama pelik ? mama kata "hbs td yg jehan bgn tu apa?" aku dah pelik , setahu aku , aku tidur je . Ya Allah apa jd ni . 

Lepas tu aku tidur balik  ,aku sedar anak angkat Ustaz Harundin dah ada . aku pelik , aku diubat lagi seperti mana yg dibuat oleh kawan mama td . masuk ni dah 4 orang yg ubat aku tp semuanya surrender , kata nya mereka tak kuat ? 

6hb Dis , hri ni aku akn duduki exam Eko . pkul 4pagi lg aku dah bertolak ke Bangi utk berjumpa dgn Ustaz Harundin . aku diubat lg dan petang tu aku terus ke sekolah . aku di tempat kan di bilik khas , mama teman aku masa tu . aku nak nangis pun ada .aku tak larat utk semua ni . sehingga kan aku tak sedar yg aku ada menghalau papa keluar , setahu aku , aku tidur ? bila aku halau dorang :'(

Sehingga kini 8hb Dis , aku masih lagi sakit , sekarang sakit tu mula naik hinnga ke bahu . bahu belah kana bengkak .kaki kanan dan tangan kanan aku sukar di gerakakn .sehingga aku menangis mengenangkan semua ini . mandi pun aku tak mampu , hari2 mama atau bibik yg akn mandikan aku :'(

Sekarang aku hanya menunggu abang kepada rakan mama dari Kelantan utk datang mengubati aku . aku sangat mengharapkan doa kalian agar aku bebas dari masalah ini :'( aku ingin jd seperti dahulu . aku tak larat utk semua ini .